Write For Us

Dua AJK UMNO Gombak dakwa diugut bunuh pemimpin UMNO

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
125 Views
Published
Dua AJK UMNO Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada salah seorang pemimpin bahagian mereka pada Ogos lalu.
Menceritakan insiden perselisihan faham dalaman itu pengadu berkata dia sedang bertugas pada persidangan tahunan Puteri UMNO Gombak apabila mendapat ugutan berkenaan.
Kata pengadu, dia didatangi pemimpin terbabit yang kemudian mengungkapkan kata-kata: "Eh, marilah, yang mati dah mati dah, ini ada lagi yang nak mati..tiga tahun aku dah tahan".
"Sambil menjerit dia berkata (demikian) dan terus nak menyerang saya," katanya kepada pemberita di Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang lagi AJK UMNO Gombak, berkata sebelum itu dia dipanggil oleh pemimpin terbabit yang bertanyakan ketidakpuasaan hati terhadapnya.
Bagaimanapun, katanya, suasana yang agak tegang itu menyebabkan dia hilang fokus dan tidak dapat mengingati apa sepenuhnya yang dilafazkan pemimpin terbabit.
"Dia cakap: apa yang kau tak puas hati. Dia kemudian bawa saya ke tempat lain," katanya.
Menurutnya, ada kemungkinan pemimpin terbabit tidak berpuas hati dengannya ekoran sekeping gambar dimuat naik dalam WhatsApp sebelum itu.
Katanya, ia ada kaitan dengan satu mesyuarat UMNO sebuah bahagian di Selangor apabila dua pemimpin dari Gombak hadir walaupun mandat diberikan hanya kepada seorang daripada mereka.
Terdahulu, kedua-dua mereka difahamkan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Selayang pada 15 Ogos lalu.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada pimpinan yang dituduh membuat ugutan berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment