Write For Us

Dua kali Negaraku di Rio

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
183 Views
Published
Kuala Lumpur: Atlet paralimpik mencipta sejarah buat negara apabila meraih dua pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 menerusi Muhammad Ridzuan Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini.
Muhammad Ridzuan Puzi memenangi pingat emas pertama menerusi acara 100m T36, awal pagi tadi.
Ridzuan, 29, pemenang pingat emas Kejohanan Dunia di Doha tahun lalu mencatat 12.07s.
Atlet kelahiran Perlis itu turut menyertai acara lompat jauh yang dijadualkan berlangsung malam esok.
Sementara itu, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas kedua negara menerusi acara lontar peluru bagi kategori F20.
Atlet kelahiran Selangor itu turut melakarkan rekod baru dunia dengan catatan 16.84 untuk emas menewaskan atlet dari Greece, Dimitrios Senikidis yang meraih perak dan Todd Hodgetts dari Australia untuk gangsa
Kejayaan itu membolehkan Ridzuan dan Ziyad masing-masing menerima imbuhan lumayan bernilai RM1 juta untuk pingat emas selain penerbangan percuma seumur hidup daripada AirAsia.
Video: NEWS ENGLISH
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment