Write For Us

Dua nafi cuba langgar polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Dua penganggur berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pada Selasa atas cubaan melanggar anggota polis, dalam kejadian Disember tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Shamsul Abu Hassan, 46, dan Sarudin Rahman, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan cubaan bunuh terhadap Lans Koperal Muhamed Hazwal Mohamed Zambri dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat pada 24 Disember 2019.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment