Write For Us

Polis dah bincang tapi Lokman langgar syarat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Himpunan yang diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Jalan Tuanku Abdul Rahman malam ini gagal berlangsung seperti yang dirancang apabila ia disekat polis.
Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 50 pesertanya bersurai.
Shaharudin memberitahu media tiada tangkapan dibuat malam ini tetapi kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dibuka dan diserah ke timbalan pendakwa raya.
Untuk rekod kawasan Sogo memang sinonim dengan protes suatu ketika dulu, iaitu selepas Tun Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan.
Lokman pada sidang akhbar kemudiannya berkata Shaharudin tidak profesional dan pihak polis telah mengoyakkan salinan laporan polis yang dibuatnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment