Write For Us

Polis akan panggil Lokman Adam beri keterangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam berikutan dakwaannya, melalui video yang dimuat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi, dekat Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata Lokman Adam akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.
"Setakat ini pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.
Sebelum ini, Lokman melalui video berdurasi tujuh minit yang dipaparkan di YouTube menggesa orang ramai membuat laporan polis, susulan penularan gambar seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam insiden kemarahan jalan raya, pada Sabtu lepas.
Lokman turut mengaitkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan pegawai penyiasat kes itu berhubung penularan gambar yang dirakam isteri suspek, semasa kejadian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment