Write For Us

Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 hadir beri keterangan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman hari ini hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya, kira-kira 4 petang tadi.
Beliau yang ditemani peguamnya, Vince Tan Hoo Seh dan pengarah eksekutif BERSIH 2.0, Yap Swee Seng dilihat masuk ke dalam bangunan balai polis itu untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya apabila terus berkempen untuk BN pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos lalu.
Menerusi catatan Facebook pada pagi 4 Ogos lalu, Najib berkata, PRK Sungai Kandis adalah peluang untuk rakyat menunjukkan bantahan dan menghantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan kegagalan menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Beliau meminta pengundi memberi peluang untuk BN menjadi suara pembangkang yang lebih kuat untuk mempertahankan kepentingan rakyat di Sungai Kandis dan Selangor.
Bekas Perdana Menteri itu turut berkata, hanya tinggal dua minggu sebelum tempoh 100 hari selepas pilihan raya umum ke 14 (PRU-14) dan kerajaan sudah berjanji secara bertulis untuk memenuhi 10 janji.
Ekoran daripada itu BERSIH dalam kenyataan menerusi akuan Facebook rasminya, yang turut berkongsi gambar cetakan skrin akaun Facebook Najib, mendakwa bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 26(1)(a) dan (f) Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Seksyen 26(1)(a) menyatakan, pada hari mengundi, tiada seorang pun boleh mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana-mana tempat, apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment