Write For Us

Najib hadir beri keterangan berkaitan pengubahan wang haram

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat hari ini.
Najib hadir di Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), PDRM, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas Presiden Umno itu dipercayai hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada 27 September lalu berkata PDRM memerlukan maklumat daripada Najib untuk melengkapkan siasatan kes melibatkan 1MDB.
Menurut Amar Singh, PDRM telah merakam lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu terasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung siasatan dan Najib akan dipanggil lagi untuk dirakam keterangannya.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu berdepan 21 pertuduhan kerana dakwaan berkaitan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment