Perbicaraan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Najib akan bermula pada 6 Jan depan dengan pendakwaan akan memanggil kurang daripada 10 saksi.
Riza yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah US$248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan 1MDB
Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob menetapkan lapan hari bermula 6 hingga 9 Jan dan 13 hingga 16 Jan 2020 untuk perbicaraan.
Ia selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Perkara itu tidak dibantah oleh peguam Hariharan Tara Singh, yang mewakili Riza.
Sri Ram turut memaklumkan kepada mahkamah kurang daripada 10 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes berkenaan termasuk seorang saksi dari Singapura.
Mahkamah turut menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika ditemui pemberita selepas prosiding memaklumkan bahawa dokumen yang diserahkan kepada pembelaan membabitkan beberapa penyata akaun dari Switzerland dan Singapura.
Pada 5 Julai lepas, Riza, 42, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah atas kelima-lima pertuduhan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment