Write For Us

Shafee didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sering mewakili kes-kes Umno dan BN didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Muhammad Shafee bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta dalam penyata cukainya yang bertentangan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Malaysiakini difahamkan Muhammad Shafee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi dan di bawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi memberi keterangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment