Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta atas enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu bagi memperdayakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adam, 30, hadir ke mahkamah memakai kemeja biru dan seluar hitam memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.
Beliau menghadapi dua tuduhan memberi pernyataan palsu dan didakwa mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Adam juga turut dituduh mengemukakan empat dokumen palsu dan didakwa mengikut Seksyen 89 akta sama, yang kedua-dua memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.
- Isteri, ibu sambut Adam di pintu masuk mahkamah
Terdahulu, Adam yang tiba dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9.05 minit, disambut oleh isteri dan anggota keluarganya di pintu kompleks mahkamah.
Adam ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.
Maklumat terbaru, SPRM juga menyebut suruhanjaya itu turut menyita rumahnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.
- "Macam ni nak dengar cakap orang macam Jamal," bidas Zuraida
Dalam pada itu, Ahli Parlimen PKR-Ampang Zuraida Kamaruddin berkata jumlah ikat jamin itu tidak munasabah kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap Adam cuma pemalsuan dokumen tetapi didakwa mengikut AMLATFPUAA.
Zuraida juga turut menafikan Adam pernah menjadi Pegawai Khasnya.
Mengenai tawaran khidmat guaman untuk Adam oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Zuraida berkata orang seperti itu tidak harus dilayan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment