Write For Us

SPRM siasat sumber kekayaan Adam Rosly

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Ketua Pemuda PKR (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini disoal siasat selama empat jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber kekayaannya.
Ini selepas banglo milik Adam, 28, yang dikatakan seperti Disneyland mendapat perhatian ramai.
"Saya telah ditanya untuk menyatakan sumber pendapatan saya.
"Terima kasih kepada SPRM kerana memberi kerjasama yang baik, bilik yang selesa (untuk disoal siasat). Seperti yang dijanjikan, saya beri kerjasama yang sangat baik untuk membuktikan hasil yang saya dapat. Saya buktikan hari ini," kata Adam kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Tahun lalu, Datuk Seri Jamal Md Yunos- yang baru meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Sungai Besar- mendakwa banglo Adam bernilai RM7 juta dan memiliki beberapa kereta mewah.
Adam bagaimanapun mendakwa, nilai banglo yang dibelinya itu bernilai RM1 juta selepas membida dalam lelongan.
Anggota parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula memberitahu kekayaan Adam datang daripada bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment