Lima buah kereta mewah milik Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diletakkan di ruang pejabat di Putrajaya.
Ini susulan Adam, yang ditahan semalam, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa miliknya.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Antara kereta mewah tersebut adalah Toyota Vellfire, Mercedez Benz, BMW, Mini Cooper dan Audi.
Menurut sumber, kereta-kereta tersebut dibawa pihak SPRM dan akan disita seingga siasatan selesai.
- Adam Rosly direman 5 hari
Adam Rosly direman 5 hari
Adam yang berbaju lokap SPRM warna oren, tiba di mahkamah pada 9.25 pagi, diiringi pegawai SPRM dengan tangan bergari.
Adam pada November tahun lalu menjadi perhatian apabila didedahkan memiliki kekayaan dianggap luar biasa oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Jamal menyewa sebuah helikopter untuk membawa wartawan melihat pemandangan banglo Adam dari udara. Kediaman itu didakwa Jamal bernilai RM7 juta.
Bagaimanapun Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo berkenaan pada harga RM1 juta melalui lelongan.
Beliau juga mendakwa kekayaan itu diperoleh daripada perniagaan yang dijalankannya.
Adam, 28, adalah pegawai khas Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM buat kali ketiga selepas melakukannya pada 10 dan 22 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, dilaporkan berkata, suspek disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment