Write For Us

Adam Rosly: Biar kes perundangan berjalan - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut berhubung Ketua Pemuda PKR, Datuk Adam Rosly yang didakwa enam pertuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Adam didakwa memberi keterangan berkenaan untuk memperdaya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Biarkan kes perundangan berjalan," katanya.
Mohamed Azmin menjawab soalan pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, Shah Alam.
Terdahulu, untuk tuduhan memberi keterangan palsu, Adam Rosly berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 32 (8) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Empat lagi tuduhan dibuat mengikut seksyen 89 akta sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 dan 22 Februari tahun ini.
Adam Rosly, 29, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas tuduhan dibacakan kepadanya di depan hakim Allaudeen Ismail.
Hakim memutuskan 29 Mei ini untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Mengikut peruntukan undang-undang Adam Rosly boleh dihukum penjara sehigga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan
Allaudden kemudian membenarkan Adam Rosly diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin.
Dia juga dikenakan syarat tambahan, iaitu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Nama Adam Rosly mula menjadi sebutan selepas Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyewa helikopter untuk membawa media melihat kediaman pemimpin muda PKR itu pada 15 November tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment