Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Datuk Adam Rosly mengumumkan untuk bercuti daripada jawatan parti selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini sebagai tepat.
Azmin berkata ini kerana ia bagi membolehkan proses undang-undang yang dilakukan itu tidak dikaitkan dengan parti.
"Kita terima keputusan dia. Ia keputusan tepat supaya tidak dikaitkan dengan parti dan kita kena hormati proses undang-undang.
"Seseorang tak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah. Dia ada hak untuk pertahankan diri dan proses itu akan dilalui," kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Terdahulu Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak hadir menyampaikan anugerah di Maljlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017.
Adam Rosly, pemimpin muda PKR minggu lalu mengumumkan untuk bercuti daripada jawatan parti selepas dia didakwa di mahkamah baru-baru ini.
Adam Rosly yang dipilih sebagai ketua Pemuda PKR Ampang berkata, surat makluman mengenainya sudah dihantar kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Surat sama juga, katanya, dihantar kepada ketua cabang Ampang.
Manakala mengulas serangan yang dilakukan Adam Rosly terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW, Azmin berkata ia hanya permainan media.
"Tak ada pertelingkahan. Mungkin itu permainan media," kata Azmin ringkas.
Adam Rosly, 29, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu.
Dia berdepan enam tuduhan membabitkan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hakim memutuskan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment