Write For Us

Adam Rosly pula 'buka mulut' kritik Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly Abdullah hari ini tampil mengkritik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai kegagalan mendedahkan butiran pengumpulan dana besar-besaran dari orang awam kepada pihak Invoke dan NOW.
Melalui surat terbukanya, Adam mendakwa beliau berasa aneh Rafizi tidak berbuat demikian walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.
Jelas Adam, beliau dan ramai pemimpin parti dan aktivis telah lama bersabar dengan Rafizi bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.
Justeru, kata Adam, Rafizi diseru mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini mengenai tiga perkara iaitu:
i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini.
iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.
Sekira Rafizi gagal, kata Adam, beliau akan memulakan tindakan sewajarnya dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap PKR dan pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment