Write For Us

Pintu kerjasama PAS masih terbuka, tapi ada 1 syarat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti Islam itu.
"Jika DAP atau PAN (AMANAH) atau mana-mana pihak lain yang bersedia untuk mematuhi syarat-syarat kami, kami masih boleh bekerjasama.
"Kami masih terbuka mengenainya," kata Hashim pada sidang akhbar selepas menghadiri muktamar sayap muslimat PAS ke-57 di Alor Setar, hari ini.
Hashim berkata, syarat PAS itu adalah penting dengan Islam mesti menerajuinya.
Tambah beliau, menjadi teraju di kalangan pembangkang tidak bermakna pemimpin PAS mahu menjadi perdana menteri, menteri atau ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN).
"Kami hanya mahu gerakan yang diketuai oleh sesiapa jua yang mengutamakan Islam.
"Kami merasakan bahawa Malaysia, hanya boleh dipimpin oleh pelaksanaan prinsip dan bidang kuasa Islam," kata beliau.
Jelas Hashim, PAS menetapkan syarat sedemikian dalam kerjasama politik kerana pengalaman masa lalu dengan pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment