Write For Us

Langkah London? Pakatan Baru? - 'Pintu sentiasa terbuka'

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin tidak menolak prospek Perikatan Nasional kembali berkuasa selepas menjalin pakatan baru.

Gabungan itu juga tidak menolak bekerjasama dengan BN, dimana Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum lalu.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, pintu sentiasa terbuka untuk PN membuat kemunculan semula di peringkat kerajaan persekutuan dengan sekutu baru.

Menurut BH Online, bekas menteri dalam negeri itu berkata jika pakatan baru itu menjadi kenyataan, pemimpin pakatan masing-masing harus bersetuju dengan idea tersebut.

Kenyataan Hamzah itu susulan dakwaan terdapat rancangan baru yang digembar-gemburkan sebagai Langkah London untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment