Write For Us

DUN Selangor 'panas' isu wang khairat kematian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak mencabar seorang ADUN PKR mengemukakan bukti bahawa UMNO menyeleweng wang khairat kematian ketika Barisan Nasional mentadbir Selangor sebelum ini.
Sulaiman menemplak ADUN PKR-Taman Medan, Haniza Mohamed Talha yang membuat tuduhan melulu tanpa mengemukakan bukti.
Beliau berkata demikian pada sidang DUN Selangor hari ini.
Terdahulu, Haniza bangun mencelah ketika sesi penggulungan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi berkenaan Skim Peduli Sihat.
Ketika BN mentadbir Selangor, Haniza mendakwa sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000 tidak diserahkan sepenuhnya, sebaliknya pewaris menerima RM500 sahaja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment