Write For Us

Ekspatriat dari S'pura, Brunei, Australia dan NZ dibenarkan masuk M'sia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan rakyat asing ke Malaysia, bagi ekspatriat kategori EP1, iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rakyat asing kategori EP1 tidak perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum memasuk negara ini, namun perlu mematuhi beberapa syarat saringan.

Katanya, ini termasuk keperluan menjalani saringan COVID-19 di negara asal, sebelum berlepas ke Malaysia atau membuat ujian calitan tekak di pintu masuk negara.

"Kementerian Kesihatan akan maklumkan dari semasa ke semasa mengenai negara zon hijau, tetapi setakat ini kita difahamkan bahawa Singapura, Brunei, New Zealand dan Australia ialah sebahagian daripadanya," katanya pada sidang selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, di Putrajaya, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment