Write For Us

'MP Sabah dah berkorban hampir dua bulan, kenapa Keningau dibenarkan masuk?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Sesi perbahasan di Dewan Rakyat sedikit tegang pagi ini apabila Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) mempersoalkan status kuarantin ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan.

Ini selepas Jeffrey dibenarkan berada di Dewan Rakyat walaupun telah menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri Sabah pada 12 November yang lalu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said kemudian membacakan jawapan bertulis daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) yang menjelaskan Kitingan telah menerima surat perlepasan daripada KKM.

Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) kemudian tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan menyatakan ahli-ahli Parlimen dari Sabah telah 'berkorban' hampir dua bulan dengan mematuhi peraturan bahawa mereka perlu dikuarantin selama 14 hari sebaik tiba di Semenanjung Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment