AVA360 Advertising

Ekspo Tatu tidak pamer imej Malaysia, MoTAC akan siasat

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
103 Views
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel yang diadakan pada acara itu.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tesebut.
Katanya expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan sejak mula diadakan pada 2015, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamerkan di khalayak ramai.
Katanya Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini, kerana ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.
Mohamaddin berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel.
Tattoo Malaysia Expo 2019 berlangsung di sini sejak Jumaat sehingga semalam yang menghimpunkan peserta dari 35 negara dengan penganjuran pada 2015, 2016 dan 2017 sebelum ini diadakan di Sabah.
Semalam, tular di media sosial gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara yang dianjurkan pada expo berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment