Write For Us

Faiz Subri terima durian runtuh bernilai RM150,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri menerima berita gembira apabila Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM100,000.
Pengumuman itu dibuat Menterinya, Khairy Jamaluddin.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM50,000 menjadikan keseluruhan yang diterima Faiz sebanyak RM150,000.
Faiz melakar sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah Jaringan Gol Tercantik 2016 awal pagi semalam.
Kejayaan itu menyaksikan Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
Mohd Faiz merupakan 'arkitek' dan jaringannya disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.
Mohd Faiz meraih 59.46 peratus undian, manakala Marlone (22.86 peratus) dan Rodriguez (10.01 peratus).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment