Write For Us

Fakta Syiah : Maszlee akan bincang dengan Mufti Pulau Pinang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan tokoh agama, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, mengenai saranan mufti Pulau Pinang itu agar fakta mengenai ajaran Syiah dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Pengajian Islam di sekolah.
Saranan tersebut dibuat kerana Wan Salim berpendapat pendidikan merupakan kunci penyelesaian terhadap isu berkenaan dan menggesa sikap bertolak ansur terhadap Syiah, mahupun kelompok agama selain Islam.
"Itu nanti kita bincang dengan mufti Pulau Pinang," kata menterinya, Dr Maszlee Malik kepada pemberita selepas program Lets Gather with YB Menteri Pendidikan Malaysia 2019 di UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Wan Salim kepada kementerian supaya fakta kefahaman ajaran Syiah dimasukkan ke dalam sukatan pengajian Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment