Write For Us

"Pendapat Mufti Perlis seolah-olah menghalal zina," dakwa Mufti Perak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata mana-mana pihak yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan dengan membenarkan anak tidak sah taraf tidak perlu dibin atau dibintikan Abdullah, boleh menjurus kepada menghalalkan zina pada masa akan datang.
Malah, tegas Harussani, masyarakat di negara ini tidak harus mempertikaikan langkah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menetapkan mana-mana anak yang dilahirkan tidak saf taraf perlu dibin atau dibintikan Abdullah kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan dan diputuskan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kata Harussani, keputusan Mahkamah Rayuan itu juga jelas membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
"Pendapat baharu menjurus kepada menghalalkan zina, pendapat Mufti Perlis ini menghalalkan zina, benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama. Kenapa kita nak melawan arus?" soal Harussani.
"Jadi saya harap ulama-ulama ini harus berhati-hati, kita pakai la Ijmak yang telah dibuat berkurun lamanya, orang yang buat hukum bukan sebarangan tapi berasakan Al-Quran dan hadis, Ijmak dan juga kajian," katanya ketika ketika ditemui pemberita semasa menghadiri program perasmian Residensi RAH di Kampung Baru oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada Sabtu menyifatkan JPN bertindak di luar kuasanya apabila menggunakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak Islam sebagai satu langkah “tidak menghukum anak yang tidak bersalah.”
Justeru katanya, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penggunaan nama bapa bagi kanak-kanak tidak sah taraf juga akan menutup keaiban dan memberi peluang insan bertaubat.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan JPN bertindak di luar kuasanya apabila menggunakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak Islam, bertentangan dengan hasrat ibu yang mahu menggunakan nama bapa kanak-kanak tersebut.
Mengulas lanjut, Harussani menasihatkan sesiapa sahaja di negara ini agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak terpedaya dengan mana-mana perundangan selain undang-undang berkaitan Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment