Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menegaskan upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai "Raja Bomoh" telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.
Sinar Harian melaporkan Zamri berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan pembomohan yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.
Ibrahim terkenal menggunakan pelbagai peralatan dalam upacaranya seperti buluh, bubu, buah tembikai dan buah kelapa.
Zamri menegaskan mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh diambil tindakan.
Kata Zamri, dalam konteks perubatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini sudah pasti beliau akan dikenakan tindakan sekiranya dilakukan dalam negeri Perak.
Terdahulu, nama Ibrahim kembali disebut apabila sekian lama menyepikan diri, apabila sekali lagi mencuri tumpuan dengan ritual aneh.
Kali ini, Ibrahim bersama pengikutnya mengadakan upacara untuk melindungi Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.
Dalam rakaman video dimuat naik di Youtube itu, Ibrahim bersama tiga pengikutnya dilihat berada di tepi sebuah pantai dengan membawa beberapa peralatan ritual.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment