Write For Us

FELDA masih 'simpanan tetap' BN, kata badan penyelidik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik bebas, Hisomuddin Bakar berkata kawasan FELDA masih lagi menjadi simpanan tetap BN.
Menurut kajian lapangan yang dilakukan, Hisomuddin menegaskan pengundi FELDA masih lagi setia bersama BN (Umno).
Walau bagaimanapun, katanya, jika parti seperti BERSATU agresif menarik pengundi, BN boleh goyang.
Hisomuddin ditemui selepas tamat forum “Anak Muda Boikot PRU14?” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Baru-baru ini Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak lagi boleh bermimpi dengan mengatakan penempatan Felda kini masih menjadi kubu kuat parti itu.
Beliau berkata pembangkang kini telah diterima baik dalam kalangan masyarakat Felda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment