Write For Us

Pemaju bertanggungjawab terhadap tangki simpanan air, kata Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Tanggungjawab menyelenggara, menjaga keselamatan dan kebersihan tapak tangki air adalah di bawah pemaju sehingga diserahkan kepada pemegang lesen bekalan air.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata ia adalah selaras peruntukan dalam Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014.
Beliau berkata demikian dalam sidang DUN Selangor hari ini.
Zaidy merujuk soalan lisan dikemukakan ADUN Kinrara, Ng Sze Han berhubung menara tangki simpanan air.
Jelas Zaidy, terdapat 14 sistem simpanan air gagal diserahkan kepada Air Selangor disebabkan kegagalan pemaju menyiapkannya mengikut pelan dan mengemukakan Borang 12B tapak tangki air untuk pewartaan Rizab Bekalan Air.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment