Write For Us

Tiga exco PAS Selangor kekal, kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau bersama Biro Politik PKR telah memutuskan untuk mengekalkan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri.
Katanya, selepas meneliti segala maklum balas mengenai perkara itu, beliau berkata kestabilan kerajaan negeri adalah perkara yang amat penting.
Berdasarkan mandat rakyat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14, maka Azmin berkata lagi perkara itu harus diteruskan bagi memberi khidmat kepada rakyat.
"Keputusan telah dibuat selepas saya memberikan penjelasan biro politik tentang situasi semasa di Selangot. Kita meneliti semua maklum balas ini dan merasakan kestabilan kerajaan negeri merupakan satu perkara amat penting menjelang pilihan raya akan datang.
"Kita juga mengambil kira bahawa yang memutuskan tahaluf siyasi ialah PAS bukan PKR. Dan oleh kerana mandat diberi pada PAS, PKR dan DAP atas mandat Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke-13 maka kita teruskan mandat ini untuk khidmat pada rakyat.
"Dan keputusan ini dibuat secara sebulat suara semalam dan saya berharap sekarang kita hanya tumpu persiapan pilihan raya umum ke-14," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, selepas mesyuarat bulanan PKR, Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membayangkan tiada sebarang perubahan dalam kerajaan negeri Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment