Write For Us

Selangor boleh contohi P Pinang, kata Exco PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Kerajaan Selangor boleh mengikut jejak langkah Pulau Pinang dalam menangani isu hubungannya dengan PAS, kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
Afif yang juga timbalan ketua pemuda PKR berkata, Pakatan Harapan di Pulau Pinang memutuskan hubungan lebih awal dengan PAS, namun ia masih menjemput satu-satunya ADUN PAS di negeri itu dalam mesyuarat pre-council sidang DUN.
"Tahaluf siyasi, saya nak cerita sikit kami di Pulau Pinang putus lebih awal dari Selangor. Di Pulau Pinang kita ada seorang ADUN dari parti PAS.
"Sehingga hari ini, bahkan minggu lepas kita menjemput beliau ke mesyuarat pre-council ADUN Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
"Di Selangor baru putus, kalau Selangor nak ikut boleh ikut," kata Afif ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Kongres PKR ke 12 di Shah Alam hari ini.
Beliau merujuk kepada ADUN tunggal PAS, Datuk Mohd Salleh Man yang mewakili DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment