Write For Us

Pejabat exco P Pinang diserbu SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "menyerbu" pejabat seorang exco Pulau Pinang di Komtar, George Town hari ini.
Menurut salah seorang pegawai SPRM terbabit, mereka datang dari Putrajaya.
Bagaimanapun dia enggan memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk mengapa mereka berkunjung ke pejabat exco terbabit.
"Tunggu kenyataan daripada kami," katanya.
Wartawan mula berkumpul di luar pejabat Phee Boon Poh itu seawal 11.30 dan pegawai SPRM dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 1 petang.
Ketika ditemui media, Phee juga enggan mengulas perkembangan yang berlaku hari ini.
Phee ialah anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu mewakili DAP.
Dalam kerajaan negeri beliau diberi tanggungjawab mengetuai portfolio kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment