Write For Us

Penuntut terjejas Unisel diserbu SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Universiti Selangor (Unisel) bukan saja menjejaskan institusi pengajian tinggi itu, malah penuntutnya.
Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Prof Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata Unisel memang biasa menghadapi tekanan dari pihak luar sebelum ini.
Bagaimanapun katanya kali ini tekanan berkenaan dianggap berbeza kerana membabitkan pihak berkuasa di negara ini.
"Kali ini tekanannya berbeza, agak luar biasa sebab melibat pihak berkuasa dan membuatkan kami mendapat liputan pelbagai media," katanya semasa mengadakan sidang media di Shah Alam hari ini.
Unisel - dan empat premis lain - diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu dipercayai ada kaitan dengan pembayaran dibuat kepada sebuah syarikat yang mendapat kontrak dengan institusi berkenaan.
Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan empat individu berhubung dakwaan penyelewengan pembayaran RM16 juta oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada sebuah syarikat swasta.
Katanya SPRM menjalankan siasatan terhadap MBI berdasarkan aduan yang diterima.
Mohd Zaidi berkata apa saja tekanan yang berlaku kepada universiti akan memberi kesan besar kepada penuntut, lebih-lebih lagi ketika mereka bakal menghadapi peperiksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment