Write For Us

ARMADA kritik Jamal protes depan Unisel

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Exco ARMADA BERSATU, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mengkritik tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melakukan protes di hadapan Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, semalam, mengenai tuntutan janji kerajaan negeri terhadap anak Selangor.
- Jamal protes depan Unisel, tuntut pendidikan percuma
Semalam, Jamal menuntut kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji manifesto yang dicanangkan pada PRU-12 dan PRU-13 iaitu memberikan pendidikan percuma khususnya untuk anak-anak Selangor.
Menyentuh perkara ini, Mohd Ashraf menjelaskan Pakatan Rakyat ketika itu tidak menjanjikan pendidikan percuma dalam manifestonya untuk Unisel, tetapi ia termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) kali ini.
Justeru, Mohd Ashraf menggesa Jamal supaya berhenti berbohong memainkan persepsi untuk meracuni pemikiran rakyat.
"Manifesto Pakatan Harapan, ya. Sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, hari ini semua IPTA akan dipastikan diberi pendidikan percuma, termasuk Unisel.
"Andai kata kita di peringkat Persekutuan, semestinya kita mampu untuk menjalankan pendidikan percuma. Kos untuk pendidikan percuma di Malaysia secara purata sekitar RM5 bilion ke RM8 bilion. Keuntungan GST adalah sebanyak RM42 bilion, kat mana segala hasil dibelanjakan?
"Selangor di bawah Azmin Ali buat sesuatu yang lebih hebat. Untuk pendidikan asas, sebelum ini kena bayar yuran, sekarang ini adalah percuma. Yang tak ada dalam manifesto kita dah tambah buat.
"Jamal, henti-hentikanlah pembohongan dan memainkan persepsi untuk meracuni pemikiran rakyat," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment