DAP perlu menerima hakikat bahawa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September 2013 tidak sah, kata Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Malah, katanya, DAP juga perlu mencontohi Umno dengan mengadakan pemilihan semula seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Dia kena terima hakikat RoS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti Umno dulu.
"Kita (Umno) disuruh buat pemilihan semula kita buat," kata Syed Ali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras 2017, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan arahan RoS sebagai mengarut.
ROS semalam menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semula kerana pemilihan pada 29 September 2013 tidak sah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment