Write For Us

Tak perlu pulang semula hibah, kata Mujahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata pendeposit Tabung Haji tidak perlu memulangkan semula hibah yang telah diberikan kepada mereka walaupun terdapat penyelewengan yang berlaku terhadap institusi itu pada masa lalu.
Menurut Mujahid, pendeposit yang menerima hibah tidak tahu apa penyelewengan yang berlaku kerana
penyelewengan akaun bagi membolehkan Tabung Haji membayar hibah meskipun tidak merekodkan keuntungan atau memiliki aset melebihi liabiliti bukanlah masalah yang perlu ditanggung pendeposit.
Terdahulu Mujahid mendedahkan terdapat ketidak patuhan kewangan dalam pembayaran hibah secara sejak 2014 oleh Tabung Haji.
Semakan prestasi kewangan 2017 oleh juruaudit bebas, Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan lalu mendapati Tabung Haji telah menggunakan simpanan pendeposit untuk membayar hibah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment