Write For Us

'Gantung tiga wakil DAP muktamad'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegaskan, beliau tidak akan menarik balik penggantungan selama 10 hari terhadap tiga anggota parlimen DAP.
Malah, Pandikar juga menjelaskan, tiga anggota parlimen DAP berkenaan iaitu Datuk Nga Khoo Ham (Beruas-DAP), V Sivakumar (Batu Gajah-DAP) dan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) tidak perlu di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ini berikutan kesalahan yang dilakukan mereka “jelas”, katanya.
"Siapa yang mahu tarik balik (penggantungan terhadap tiga anggota parlimen DAP).
"(Mereka) tak payah di bawa ke jawatankuasa (kerana) apabila kita bawa ke jawatankuasa, perkara itu seolah-olah samar-samar kerana jawatankuasa perlu lakukan siasatan.
"Apa yang mahu disiasat? (Mereka) sudah diberi surat, (sudah ditanya sama ada mahu) minta maaf ke tidak, (tetapi) tidak (mahu minta maaf).
"Mereka hina Dewan (Rakyat), menghina Speaker, menghina Majlis. Di mana-mana sahaja mereka sebut, sama.
"Menyedihkan saya apabila setiap wakil rakyat parlimen ini, tak ambil peduli kepada etika sebagai ahli Yang Berhormat. Mereka selalu meletakkan agenda politik mereka dulu," kata Pandikar kepada pemberita di parlimen.
Nga pada sidang media, awal hari ini menuduh Pandikar menghina Dewan Rakyat kerana menggantung beliau dan dua anggota parlimen lain tanpa melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Beliau memetik Peraturan Mesyuarat 80 yang menyatakan jawatankuasa itu boleh ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggota parlimen yang melakukan perkara atau perbuatan yang dilihat menghina Dewan Rakyat.
Ketiga-tiga mereka digantung selama sepuluh hari selepas enggan memohon maaf berikutan kenyataan mereka menuduh Pandikar sebagai "sekutu menutup skandal rasuah" 1MDB dan mendesaknya meletakkan jawatan.
Ia susulan keputusan Pandikar menolak usul mereka berhubung rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Sebelum ini penggantungan anggota parlimen pernah dibuat melalui usul di Dewan Rakyat dan diundi anggota parlimen lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment