Write For Us

Garis panduan solat Jumaat, berjemaah diumum lepas mesyuarat kabinet

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Garis panduan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diumum selepas perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu juga perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Ini merupakan keputusan besar dan melibatkan isu agama. Jadi tunggu selepas Mesyuarat Kabinet buat keputusan.

Insya-Allah akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/524868
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment