Write For Us

Kabinet bincang garis panduan laksana e-bazar esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Kerajaan akan membincangkan garis panduan pelaksanaan e-bazar dalam mesyuarat Kabinet, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata ini kerana beliau mendapati terdapat kekeliruan terhadap konsep e-bazar oleh sesetengah pihak.

"E-bazar dibenarkan untuk pesan dan dihantar atau pesanan untuk penghantaran. Ada juga berpandangan pesan dan pick up (ambil) di bazar Ramadan, sekali gus juga akan menyebabkan pergerakan ramai dan akan sebabkan kesesakan.

"Akhirnya polis akan hadapi kesukaran. Bila sampai di sekatan (jalan raya) akan beri alasan saya tempah barang dan nak pick up (ambil). Maka semua akan guna alasan sama. Kita akan kurangkan alasan begini.

"Apa yang dicadangkan nanti akan dibincangkan dalam (mesyuarat) Kabinet esok. Saya percaya akan bincang. Insya-Allah, esok akan beritahu dalam mesyuarat Kabinet untuk tentukan apa boleh dan tak boleh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment