Write For Us

Garis panduan kod pemakaian patuh syariah bakal diperkenal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Putrajaya akan menyediakan satu garis panduan kod pemakaian patuh syariah kepada syarikat swasta dijangka hujung tahun ini.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama Mujahid Yusof Rawa, antara industri yang terlibat adalah perhotelan dan syarikat penerbangan.
"Isunya sekarang ialah untuk pihak swasta. Pihak kerajaan tidak timbul kerana mereka telah ada guideline dan mereka kena ikut guideline itu. Ini termasuklah isu-isu yang sebelum ini pakaian pihak Mas (Malaysia Airlines) - stewardess Mas contohnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anggota Parlimen Parit Buntar itu berkata, perbincangan yang sedang mencapai fasa terakhir itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia dan bertujuan mengelakkan diskriminasi di tempat kerja.
"Saya harap dalam laporan itu boleh kita kemukakan cadangan yang lebih compliance kerana ini isu yang bukan sahaja Jakim yang ambil initiative tapi juga Jabatan tenaga kerja. Ini termasuk isu diskriminasi di tempat kerja.
"Contohnya kalau di tempat swasta ada wanita yang memakai aurat, tutup aurat dengan cuba melaksanakan suruhan agama dia tetapi contohnya dipecat atau didiskriminasikan kerana pakaian dia.
"Maka kita pun ada satu jawatankuasa yang akan ambil berat kepada mereka yang didiskriminasikan dalam tempat kerja kerana pakaian mereka," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata syarikat swasta tidak terikat dengan garis panduan tersebut.
"Saya tak boleh kata binding kerana garis panduan itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan kepada pihak swasta tapi sekurang-kurangnya kita sudah ada satu guideline," katanya.
Akhir tahun lalu, terdapat larangan pemakaian tudung kepada pekerja perkhidmatan pelanggan oleh beberapa hotel.
Berikutan kontroversi larangan tersebut, Nazri Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut mengaitkan isu tersebut dengan membenarkan perkara yang sama kepada pramugari Mas semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment