Write For Us

S'gor gantung garis panduan rumah ibadat bukan Islam

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
168 Views
Published
Mesyuarat majlis kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju menggantung pelaksanaan garis panduan rumah ibadat bukan Islam yang menimbulkan kontroversi sementara menunggu semakan semula.
“Majlis mesyuarat kerajaan negeri telah pun (memutuskan untuk) mengantungkan perlaksanaan perkara-perkara yg menimbulkan kontroversi dalam garis paduan berkenaan dengan rumah ibadat bukan Islam dan akan semak semula.
“Hanya garis panduan berkenaan yang menimbulkan kontroversi digantung dan disemak semula,” kata exco kanan Datuk Teng Chang Khim kepada pemberita selepas mesyuarat di Shah Alam hari ini.
Disoal selama mana penggantungan itu akan dikuatkuasakan, Teng berkata: “Hingga kita selesai semak semula dan akan buat pengumuman selepas ini.”
Beliau sebelum ini memohon maaf dan menawarkan untuk meletakkan jawatan atas kesilapan Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan negeri Selangor yang dikatakan menyekat tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Antara lain, garis panduan itu menyatakan bahawa tempat ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam dalam lingkungan 50 meter dari rumah ibadat Islam dan ketinggian bangunan berkenaan hendaklah bersesuaian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment