Write For Us

Pulau Pinang tak ikut garis panduan KPKT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata garis panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi kerajaan negeri mungkin lebih menyeluruh berbanding kementeriannya.
Bagaimanapun, Noh berkata kerajaan negeri Pulau Pinang diminta membentangkan laporan penuh berhubung insiden tersebut.
"Kita sudah tulis surat kepada kerajaan negeri untuk mereka bentangkan laporan peristiwa tanah runtuh ini dalam mesyuarat majlis perancang fizikal negara untuk kita tahu lebih lanjut," tambah Noh.
Sabtu lalu, 11 mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di George Town.
Ketika kejadian pada 8.57 pagi, kesemua mangsa sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.
Difahamkan kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment