Write For Us

Gerakan ada ramai calon untuk ketua menteri P.Pinang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata partinya mempunyai ramai calon berpotensi bagi menyandang jawatan ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN menawan semula negeri itu.
Mah berkata demikian selepas perhimpunan bersama antara MCA dan Gerakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
"Saya ingin beritahu anda bahawa kami mempunyai banyak calon yang berkelayakan.
"Di Pulau Pinang, kami mempunyai 17 kerusi di sana (untuk bertanding), kami mempunyai banyak calon yang layak," katanya pada sidang akhbar.
Bagaimanapun, Mah berkata calon berkenaan hanya akan diputuskan sekiranya parti itu mencapai kemenangan.
"Kami belum bincangkan calon lagi. Pertama, saya fikir kita harus menang," katanya.
Gerakan pernah menjadi kuasa dominan di Pulau Pinang, apabila memimpin negeri itu dari tahun 1969 hingga 2008.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment