Write For Us

Loke nafi wujud gerakan untuk tumbangkan Ketua Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan desas desus kewujudan gerakan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Loke juga menegaskan bahawa Kon Yeow kekal mentadbir negeri itu sehingga akhir penggal demi memastikan kestabilan politik agar dapat memacu ekonomi Pulau Mutiara itu.

Namun dalam ucapan beliau di Konvenysen Tahunan DAP itu, Loke menyarankan Kon Yeow untuk 'menyiapkan' penggantinya bagi menghadapi Pilihan Raya akan datang.

Kon Yeow menjawat sebagai Ketua Menteri hampir dua penggal di mana perlembagaaan negeri itu memperuntukkan jawatan tersebut hendaklah dilantik dalam kalangan individu yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan itu bagi dua penggal.

Sumber video:
https://www.facebook.com/DAPPulauPinang/videos/911650860685744
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment