Write For Us

Menteri, ketua jabatan perlu pilih satu kampung untuk 'dijaga' - Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai kanan kerajaan mengenal pasti nama kampung yang akan mereka santuni bagi tujuan penyelarasan bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan.

Anwar menyarankan ketua jabatan memilih kampung asal masing-masing dengan mereka perlu mengadakan pertemuan khusus dalam tempoh tertentu bersama seluruh segmen dan pertubuhan yang wujud di kampung itu.

Berucap pada Perjumpaan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei 2024 di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya pagi ini, Anwar berkata cadangan itu akan turut melibatkan ahli jemaah menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitaan kerajaan.

Sumber video : https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/821235986577188
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment