Write For Us

KJ ulas video AG, Ketua Hakim, menteri menari satu pentas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berpandangan tidak sesuai Peguam Negara berinteraksi secara sosial dengan menteri-menteri kerana ini boleh mengundang kritikan bahawa seolah-olah pemisahan kuasa itu tidak dihormati kerana mereka berinteraksi secara sosial.
Khairy mengulas soalan pemberita berhubung sebuah video yang memaparkan Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama dalam satu acara, yang tular semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.
Kata Khairy, tidak menjadi kesalahan untuk mereka berada di satu majlis yang sama, tetapi harus mengelak agar tindakan mereka tidak menjadi bahan spekulasi yang negatif.
Beliau berkata demikian ketika berkunjung di Kampung Sungai Ruil di Cameron Highlands hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment