Isu penularan video lucah didakwa mirip kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz, adalah satu ujian besar buat Pakatan Harapan selepas setahun mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, Rafizi berkata semua pihak harus membiarkan pasukan polis menjalankan siasatan dengan terperinci sekali gus tidak perlu menuding jari terhadap mana-mana pihak berkaitan isu video terbabit.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor pada Ahad.
Haziq baru-baru ini menggemparkan negara apabila mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.
Dalam pengakuannya sehari selepas video itu disebarkan, Haziq mendakwa kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya dan diedarkan sehari sebelumnya.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan klip video tersebut.
Azmin pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment