Write For Us

Giliran Wirawati PERKASA pula marah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Ketua Wirawati PERKASA, Foziah Nawawi kesal dengan tindakan biadap akhbar The Star, yang didakwa menghina umat Islam di negara ini, dengan memaparkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' bersama-sama gambar umat Islam sedang bersembahyang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan.
Kata Foziah, NGO itu melihat tindakan itu disengajakan pihak akhbar dalam mengaitkan pengganas dengan umat Islam.
Menurut Foziah lagi, sebelum ini akhbar itu pernah memohon maaf secara terbuka atas beberapa kesilapan yang dilihatnya, disengajakan.
Beliau berkata demikian selepas menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Jelas Foziah lagi, NGO itu tidak sesekali menerima permohonan maaf dari akhbar terbabit.
Beliau juga menggesa KDN segera menggantung premit akhbar itu selama setahun supaya menjadi pengajaran kepada media-media lain pada masa akan datang.
- Rani Kulup berang
Terdahulu, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kesal dengan sikap KDN yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap akhbar The Star.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis berhubung isu itu di IPD Dang Wangi, hari ini.
Terdahulu, The Star dalam permohonan maaf disiarkan di laman webnya hari ini berkata ia adalah amalan biasa bagi akhbar itu menyiarkan gambar solat Tarawih pada hari pertama Ramadan.
Katanya, secara kebetulan berita mengenai kumpulan pengganas itu disiarkan pada muka hadapan dan hari yang sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment