Write For Us

Giliran timbalan menteri pula saman Azwanddin RM20 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong menyaman aktivis antikerajaan Azwanddin Hamzah kerana menuduhnya memakai pakaian seragam komunis di hadapan tentera Melayu.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Undang-undang Dap Ramkarpal Singh berkata saman itu difailkan oleh tetuan Messrs Karpal Singh & Co pada 27 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam saman itu, Liew menuntut daripada Azwanddin, antara lain, ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta perintah injunksi yang menyekat Azwanddin menyiarkan semula artikel sama pada masa depan.
Liew merujuk kepada tulisan Azwanddin di Facebook pada 20 Ooktober lalu serta tulisan di laman web Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada 19 November bertajuk “Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman”.
Pengurusan kes ditetapkan pada 29 Januari tahun depan.
Azwanddin pada 14 November lalu enggan memohon maaf walaupun dituntut atas alasan “tidak akan tunduk terhadap ugutan khususnya daripada pemimpin DAP.”
Liew menjelaskan beliau sebenarnya baju korporat jaket safari yang disediakan Kementerian Pertahanan.
Pada 26 Disember lalu, Menteri Industri Utama Teresa Kok menuntut Presiden Jaringan Melayu Malaysia itu untuk menarik semula kenyataannya, memohon maaf dan ganti rugi RM30 juta.
Ia berikutan kenyataan Azwanddin yang mengaitkan Kok dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, pada bulan lalu.
Surat tuntutan guaman itu menyatakan kenyataan Azwanddin itu adalah, "palsu, berniat jahat dan tidak wajar”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment