Write For Us

Hilang payudara: Wanita saman hospital RM20 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
Seorang wanita yang mendakwa kehilangan buah dada kirinya ekoran pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang, hari ini memfailkan saman RM20 juta terhadap seorang doktor pakar atas dakwaan melakukan kecuaian perubatan.
Saman tersebut dibuat menerusi Pertemahwadi Isac melalui peguamnya Arunan Selvaraj di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan doktor pakar kardiotorasik hospital tersebut, Dr. Abdul Muiz Jasid sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Pertemahwadi Isac mendakwa, tiga daripada saluran arteri di bahagian jantung wanita berusia 56 tahun itu tersumbat dan terpaksa menjalani pembedahan pintasan di hospital tersebut pada 12 Februari tahun lalu.
Selain komplikasi tersebut, wanita yang turut menghidap diabetes itu mendakwa, sebelum dibenarkan pulang pada 24 Februari yang lalu, beliau mengadu kepada defendan pertama mengenai luka di bahagian dadanya.
Luka tersebut kemudiannya dijangkiti kuman dan wanita tersebut pergi semula ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.
Pihak plaintif mendakwa, defendan melakukan kecuaian sehingga menyebabkannya kehilangan keseluruhan payu dara sebelah kiri.
Dengan itu, wanita itu menerusi samannya menuntut ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi khas RM223,487.60 daripada pihak defendan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment