Write For Us

Gnanaraja didakwa 68 pertuduhan ubah wang haram libat RM11.4 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
49 Views
Published
Ahli Perniagaan, G nanaraja dituduh di mahkamah dan didakwa 68 pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM11.4 juta.
Beliau didakwa menipu sebuah syarikat dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
G Gnanaraja didakwa mengarahkan RM11.4 juta yang dipercayai hasil aktiviti haram, dalam akaun bank Bumi Muhibah Capital Holdings Sdn Bhd, di mana beliau dikatakan menjadi pengarah dari 28 Julai 2017 hingga 18 Januari 2018, dibayar kepada pelbagai syarikat dan individu.
Jumlah tertinggi RM2.4 juta dibayar kepada sebuah syarikat Matthew Ong & Associate, manakala RM2.2 juta dibayar kepada Kementerian Dalam Negeri.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada jumlah wang haram itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment