Write For Us

Rosmah dijangka berdepan 20 dakwaan ubah wang haram - Laporan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan berdepan sehingga 20 dakwaan yang kebanyakannya berkaitan pengubahan wang haram.
Menurut laporan New Straits Times, Rosmah akan didakwa "dalam masa terdekat" sementara penyiasat melengkapkan siasatan.
Salah satu dakwaan dikatakan mempunyai kaitan dengan "produk antipenuaan daripada AS yang bernilai RM1 juta" yang dipercayai dibeli dari wang SRC International Sdn Bhd.
Rosmah juga didakwa membeli "makanan kesihatan 100 peratus berasaskan tumbuhan untuk mengekalkan keremajaan, semangat, daya hidup yang didakwa merupakan antipenuaan"
Laporan itu bagaimanapun tidak memberi butiran wang yang digunakan untuk produk kedua yang dinyatakan itu.
Pada 5 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Rosmah berhubung siasatan kes ke atas SR International.
SRC International merupakan bekas syarikat subsidiari 1MDB dan pada 2013 ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pada 20 Mei lalu bahawa SRC International tidak mampu membayar hutangnya dan Kementerian Kewangan terpaksa membayar RM4 bilion yang dipinjam syarikat itu dari Kumpulan Wang Persaraan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment